Kalau gugur nak kena berpantang ke? Kalau kena berpantang, sama macam orang selepas bersalin tak?. Berapa lama tempoh berpantang?. Sebenarnya tak ramai yang menyedari betapa perlunya penjagaan diri selepas mengalami keguguran sama penting dengan berpantang selepas melahirkan bayi. Malah, orang-orang tua berpendapat perlu diambil perhatian yang lebih serius kerana ia cenderung membuatkan anda terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang lain. Berikut adalah amalan yang perlu dibuat oleh ibu yang keguguran agar dapat memastikan tubuh badan, dalam dan luaran kembali sihat.
6 CARA BERPANTANG KEGUGURAN
1. TEMPOH BERPANTANG
Mengikut bidan dan pertua orang dahulu mengalakkan wanita yang mengalami keguguran menjalani amalan berpantang sama seperti ibu bersalin. Lebih lama berpantang, tentulah lebih elok. Ada yang mengesyorkan supaya ibu keguguran berpantang selama 44 hari. Walaubagaimanapun, wanita yang mempunyai kerjaya agar sukar berpantang seperti ibu bersalin. Namun, tidak semestinya wanita yang mengalami keguguran tidak perlu berpantang, semasa bercuti sakit selama 14hari itu, anda perlulah mengunakan tempoh ini dengan betul mengikut rutin berpantang seperti makan, pemakaian stokin, bertungku, berurutan, berbengkung dan sebagainya.
2. REHAT YANG MENCUKUPI
Badan dan minda anda perlukan masa untuk sembuh. Berehat sebanyak yang mungkin. Cuba tidur, walaupun ianya sukar dilakukan. Namun anda perlu kuat untuk menghadapi segala yang telah ditakdirkan. Jangan terlalu sedih dengan pasangan anda. Dapatkan nasihat dari pakar, jika diperlukan.
3. MAKANAN BERKHASIAT
Untuk wanita yang mengalami keguguran, doktor tidak mengehadkan pengambilan sebarang jenis makanan. Apa yang penting, anda perlu mengambil makanan yang seimbang dan mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Pastikan makanan anda mengandungi protein, karbohidrat, fiber dan fat. Elakkan makan makanan yang berminyak, manisan, makanan segera, berlemak dan juga pastikan anda tidak mengambil segala jenis ikan berbisa dan makanan laut. Bersabar dan gagahkan diri mengamalkan pemakanan berpantang ini sama seperti ibu selepas bersalin.
4. HADKAN AKTIVITI HARIAN
Kalau ikutkan kerja yang ada, memang tak pernah habis, jadi hadkan kerja anda sebanyak mungkin sama seperti ibu berpantang yang lain terutama pergerakan yang terlalu aktif dan elakkan mengangkat barangan yang berat untuk tempoh sebulan selepas keguguran.
5. PENJAGAAN RAHIM
Penjagaan rahim yang rapi selepas keguguran sangat perlu, biasanya janin yang baru terbentuk akan terkeluar semulajadinya. Namun, jika usia kehamilan melebihi 10 minggu, keguguran cenderung menjadi tidak lengkap dan bahagian rahim perlu dibersihkan melalui proses D&C (Dilation & Curettage). Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke sistem tubuh lalu menyebabkan risiko jangkitan di bahagian peranakan. Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul seperti urutan, bertungku, mandi herba dan lain-lain para ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti melancarkan peredaran darah dan memberi kesegaran kepada tubuh.
6. ELAKKAN HUBUNGAN INTIM
Untuk beberapa bulan pertama selepas keguguran, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan intim kerana badan anda perlu rehat. Mengikut hukum Islam, wanita tidak boleh disetubuhi selagi mereka mengalami pendarahan. Jika anda telah bersedia untuk hamil semula, dapatkan nasihat doktor sebelum membuat perancangan keluarga.




Recent Comments