4 BAHAGIAN BERTUNGKU DENGAN BETUL
Bertungku mempunyai banyak kelebihan. Bertungku bukan sahaja untuk para ibu berpantang malah ia boleh juga digunakan untuk melegakan sakit-sakit badan, melegakan kaki kebas dan sebagai ganti sauna dan kecerdasan diri amat bagus melakukannya. Tetapi, jangan sampai salah cara bertungku pula ye. Sebab nanti hasilnya tak jadi apa. Buat penat saja rupanya cara anda salah. Ikuti perkongsian ini agar anda tidak tersalah bertungku.
1. BAHAGIAN PERANAKAN
Bertungku di bahagian peranakan ini adalah untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati kerana peranakan juga perlu dinaikkan ke atas. Proses ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir untuk mengelakkan kemudaratan. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan ketika ibu berbaring. Lakukan proses bertungku di bahagian ini sekurangnya selama 25 minit.
2. TUNGKU DI SEKITAR BUAH DADA
Bertungku di sekitar buah dada membolehkan air susu keluar dengan lancar dan darah dapat mengalir dengan baik bagi para ibu berpantang. Selepas itu, beralih ke bahagian ulu hati agar dapat memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Lakukan selama 5-10 minit sahaja. Proses bertungku diteruskan di bahagian ketiak kanan dan kiri, bahagian belikat kanan yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri selama beberapa minit.
3. BAHAGIAN TENGKUK
Bertungku di bahagian tengkuk pula, dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal agar para ibu berpantang dapat memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.
4. BAHAGIAN BAWAH PINGGANG
Bertungku di bahagian seperti betis, paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki memerlukan masa selama 15-20 minit pada setiap anggota. Bahagian terakhir bertungku adalah di tapak kaki. Kaki ibu berpantang perlu dirapatkan menjadi satu kemudian gerakkan ke hadapan dan ke belakang. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.




Recent Comments