1. Harga
Penentuan harga yang bersesuaian bagi produk atau perkhidmatan adalah amat mencabar dan dinamik dalam kebanyakan firma kerana dipengaruhi oleh peraturan dalam sesetengah pasaran, persaingan global yang sengit dan pertumbuhan firma yang perlahan kerana kemelesetan ekonomi dan inflasi. Berikut merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk menetapkan harga produk atau perkhidmatan anda:

- Harga Tambah Kos – Kaedah ini memastikan supaya nilai harga yang ditetapkan bukan sahaja melebihi kos overhed tetapi juga memberi keuntungan yang diperlukan. Sekiranya kos overhed anda tidak tepat, berkemungkinan keuntungan yang bakal diperoleh juga rendah.
- Harga Permintaan – Harga permintaan ditentukan oleh kombinasi jumlah dan keuntungan. Produk biasanya dijual melalui saluran yang berbeza pada harga yang berbeza yang ditentukan oleh permintaan.
- Harga Kompetitif – Kaedah ini digunakan jika terdapat pihak yang telah menguasai pasaran, dan syarikat yang lebih kecil terpaksa mengikuti harga tersebut. Untuk kekal kompetitif, anda boleh juga menetapkan harga yang sedikit tinggi tetapi diiringi dengan perkhidmatan tambahan.
- Harga Tokokan – Cara pengiraan harga tokokan ialah dengan menambah suatu jumlah ke atas kos produk, dan jumlah harga ini perlu dibayar oleh pelanggan. Kaedah ini digunakan oleh kebanyakan pengeluar, pemborong dan peruncit.
2. Produk
Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah menarik perhatian pelanggan dan bakal pelanggan anda supaya menyedari kewujudannya dalam pasaran. Berikut merupakan antara langkah yang boleh dilakukan untuk menjadikan produk atau perkhidmatan anda berbeza daripada pesaing anda:

- Pembungkusan – Pembungkusan adalah penting bagi sesuatu produk. Tujuan utama pembungkusan adalah untuk melindungi produk daripada rosak ketika pengendalian dan pengedaran.
- Perlabelan – Label ialah reka bentuk grafik di atas bahan pembungkusan yang mengandungi maklumat terperinci sesuatu produk seperti pengeluar, nama produk, penggunaan dan penerangan produk dalam bentuk tulisan.
3. Promosi
Promosi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap sesuatu produk atau jenama, menjana jualan dan juga membina kesetiaan terhadap sesuatu jenama.
Pengiklanan pula adalah satu strategi promosi, kaedah komunikasi satu hala untuk memberitahu pelanggan maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan dan bagaimana untuk mendapatkannya di pasaran.

4. Tempat
Kenal pasti lokasi dan kaedah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda supaya dapat sampai kepada pengguna akhir yang betul pada waktu yang tepat. Penggunaan tempat yang betul akan membolehkan anda untuk menembusi pasaran yang lebih besar, meningkatkan jualan dan memaksimumkan keuntungan. Kaedah alternative seperti pasaran dalam talian juga boleh digunakan untuk menjual produk atau perkhidmatan secara terus kepada pelanggan yang disasarkan. Jadi apa yang perli tahu adalah:

- Saluran Margin – Harga dibayar oleh pelanggan selepas mengambilkira harga kos yang ditanggung oleh penjual (termasuk harga pengantara).
- Strategi Tolakan – Usaha pengeluar untuk mempromosi perkhidmatan kepada pelanggan.
- Strategi Tarikan – Pelanggan mencari produk atau perkhidmatan disebabkan oleh penjenamaan produk yang mantap.
- Strategi Pemasaran Digital – Ia adalah pelan tindakan yang perlu dibangunkan menggunakan jaringan atas talian yang ada untuk menarik minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan perniagaan anda.
5. Orang
“Tanggapan pertama akan berkekalan.” Bagi menarik perhatian pelanggan, semua pekerja anda hendaklah memainkan peranan untuk mendapatkan kepercayaan, keyakinan dan jaminan supaya pelanggan membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Gabungan pekerja yang baik dan pelanggan yang berpuas hati akan membantu syarikat anda untuk mengembangkan perniagaan dan menjana keuntungan.

- Tenaga Kerja – Pekerja yang berilmu dan berkemahiran tinggi diperlukan supaya pekerja anda memahami objektif syarikat, produk dan perkhidmatan yang disediakan. Pekerja yang berpengetahuan dapat membantu untuk mempromosi produk atau perkhidmatan anda dengan lebih baik kepada pelanggan yang berpotensi.
- Pelanggan – Pelanggan yang telah menggunakan produk atau perkhidmatan bukan sahaja akan membuat pembelian berulang dan menjadi pelanggan yang setia, malahan mereka akan menyampaikan maklumat tersebut kepada rakan dan kenalan mereka.
6. Proses
Proses adalah elemen dalaman untuk meletakkan satu sistem yang efektif dan bersesuaian dalam proses mengendalikan produk dan perkhidmatan anda kepada pengguna akhir. Sebuah perniagaan yang baik akan menggunakan Prosedur Pengoperasian Standard (SOP) dalam menjalankan tugasan tertentu. SOP ialah arahan langkah demi langkah atau manual sebagai panduan untuk menguruskan produk dan perkhidmatan anda. Hasil yang diperoleh akan meningkatkan jualan dan produktiviti. Sistem ini termasuklah proses penghasilan sehinggalah kepada penguruskan pertanyaan dan maklum balas pelanggan.

7. Fizikal
Suasana fizikal seperti lokasi perniagaan akan memberi impak untuk mendapatkan perhatian pelanggan anda. Susun atur dalaman bagi sebuah perniagaan runcit misalnya mempunyai ruangan yang luas untuk penggunaan troli, akan memberi keselesaan kepada pelanggan untuk membeli belah. Sebuah kedai makan yang mempunyai muzik latar dan suasana yang menenangkan akan mendatangkan keselesaan kepada pelanggan anda untuk menikmati hidangan.

Selain itu, penggunaan nama, simbol atau logo yang bertepatan akan membantu penjenamaan perniagaan. Nama dan logo yang tepat membolehkan pelanggan mengingatinya lebih lama serta menjadikan perniagaan anda lebih berbeza daripada pesaing anda.
______________________________________________________________________________
Anda ingin lebih mengetahui tentang teknik pemasaran berkesan? Boleh visit ke https://www.facebook.com/tisasacademy/ atau https://www.instagram.com/tisasacademy/?hl=en. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh juga hubugi 018-365 8988 atau klik je link www.wasap.my/60183658988/tisasacademy.




Recent Comments