Ramai Wanita yang menginginkan bentuk badan yang langsing selepas bersalin. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan bentuk idaman seperti sedia kala. Antara alternatif yang dilakukan untuk Nampak lebiih kurus atau ramping dengan cara yang lebih mudah dan pantas adalah dengan memakai bengkung.

Selain dapat mencantikkan bentuk badan, terdapat juga beberapa kelebihan pemakaian bengkung antaranya adalah:
1. Mengelakkan perut masuk angin
Bila bengkung dipakai dengan kemas dan sempurna, ia akan dapat membantu pengaliran angin dengan lancar dari badan ibu yang berpantang. Masa mengandung selama 9 bulan, badan kita akan mengalami penambahan berat badan secara mendadak.
2. Membantu mengempiskan perut dengan lebih cepat
Pakai bengkung ni bukan sahaja dapat mengelakkan masalah angin dalam badan malah ia akan dapat bantu untuk kempiskan perut dengan lebih cepat. Dengan pemakaian yang konsisten ia akan dapat mengembalikan bentuk badan dengan cepat.

3. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin
Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin. Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda.Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang
dan kelihatan menggeleber.
4. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik
Kelebihan pemakaian bengkung selepas bersalin juga adalah untuk menyokong tulang belakang terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang. Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

5. Menghalang peranakan daripada ‘turun’
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot jaringan dan ligamen. Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah dan menyebabkan ia jatuh. Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.
Harap perkongsian hari ini bermanfaat untuk kita semua ye. Tak kiralah jika anda nak pakai bengkung moden atau bengkung tali, yang penting amalan berbengkung memang kita kena amalkan
______________________________________________________________________________
Jika anda ingin mengetahui cara yang betul untuk pemakaian bengkung, boleh visit ke https://www.facebook.com/tisasacademy/ atau https://www.instagram.com/tisasacademy/?hl=en. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh juga hubugi 018-365 8988 atau klik je link www.wasap.my/60183658988/tisasacademy kerana di Tisas Academy ada pelbagai program yang disediakan untuk ibu selepas bersalin.




Recent Comments