Sering berasa keletihan? Dalam kes ni kita ada dua (2) situasi. Situasi pertama (1) ada orang tak nak sakit, tapi dia tidak boleh tinggalkan perkara-perkara yang boleh membuatkan dia sakit dan situasi kedua (2) ada orang tidak mampu untuk mengelakkannya, jadi nak tak nak dia kena cari jalan bagaimana dia mengatasi masalah tersebut. Jadi disini, saya kongsikan 5 cara mengatasi keletihan yang anda alami

1. Pastikan Tidur Yang Cukup
Rata-rata antara tidak mempunyai punya masa untuk mendapatkan tidur yang cukup disebabkan kerja. Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Meskipun dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia menjadi masalah bagi sesetengah orang. Percaya atau tidak, kurang tidur mendedahkan anda kepada banyak risiko penyakit. Sekiranya seseorang tidur dengan nyenyak, 6 jam tidur sudah memadai.

2. Naikkan Suhu & Tutup Aircond Seketika
Badan kita berasa lemau dan sakit-sakit sekiranya seharian menghadap suhu aircond yang rendah. Urat-urat badan jadi sejuk menyebabkan rasa sakit-sakit badan. Jika keadaan ini berterusan akan menyebabkan angin dalam badan. Kita pula tidak mampu untuk suruh management tukar aircond kepada kipas atau minta tukar ke compartment yang lain. Apa yang boleh kita lakukan adalah naikkan suhu aircond atau perlahankan kekuatan kipas aircond. Selain itu, anda juga boleh memakai baju panas atau “sweater” bagi menaikkan suhu badan.
3. Jangan Ambil Sarapan Terlalu Banyak
Ye sarapan memang penting tapi janganlah ambil terlalu banyak. Semuanya nak dimakan. Ambil pula yang berat-berat. Kalau kita makan banyak waktu sarapan pukul 8 pagi, belum sempat makanan dicerna kita sudah ambil lagi pukul 1 untuk makan tengahari. Usus yang penuh dan penat membuatkan kita rasa letih dan mengantuk. Sebab itu ambil sarapan sebolehnya awal dalam pukul 7 pagi. Ambil portion untuk bekalan tenaga pagi tersebut sahaja. Kalau lapar, ambil portion sedikit demi sedikit secara berterusan.

4. Faktor Pemakanan
Faktor pemakanan aalah salah satu cara untuk mengatasi keletihan dengan mengurangkan makanan segera sebab ia banyak mengandungi MSG dan berminyak. Disamping itu, anda hendaklah lebihkan pengambilan ulam-ulaman dan sayuran hijau dan juga perbanyakkan makan buah buahan berserat untuk melawaskan sisten pencernaan. Selain itu juga ia dapat meneutralkan makanan segera yang diambil sepanjang hari. Tambahkan juga dengan pengambilan supplement sebagai makanan tambahan untuk tubuh badan.
5. Berurut Badan

Ada yang beranggapan bahawa berurut adalah tidak penting, namun ternyata bahawa urutan badan adalah satu keperluan agar badan tidak berasa keletihan. Fungsi berurut badan adalah untuk membetulkan urat-urat yang salah atau urat-urat yang masuk angin. Selain itu, berurut juga dapat meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Bagi anda biasa menaiki motor untuk perjalanan jauh, selalu berada dalam suhu yang sejuk dan sering melakukan kerja berat disarankan untuk anda berurut secara konsisten. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Badan anda akan berasa ringan dan selesa.
Baixar Driver Easy Pro Crackeado
_________________________________________________________________________________________________________________
Anda ingin mempelajari mengurut agar dapat bantu keluarga dan rakan mengurangkan keletihan? Boleh visit ke https://www.facebook.com/tisasacademy/ atau https://www.instagram.com/tisasacademy/?hl=en. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh juga hubugi 018-365 8988 atau klik je link www.wasap.my/60183658988/tisasacademy kerana di Tisas Academy ada pelbagai program yang menarik.




Recent Comments