KURSUS SOLEKAN PROFESIONAL BIMBINGAN MUA!
Solekan Merupakan cara menghias diri. Tidak kira apa pun jenis solekan yang dipilih, semuanya bertujuan menyempurnakan wajah agar lebih menarik, menambahkan keyakinan diri, dan menyembunyikan kecelaan kulit. Namun, untuk menghasilkan solekan yang memukau, anda seharusnya tahu asas sesuatu solekan terlebih dahulu.
Jika anda…
- Dah lama minat bidang solekan tapi tiada peluang?
- Nak tambah lagi skills solekan dgn info padat dan bimbingan rapat bersama MUA?
- Nak jana pendapatan sampingan dan pada masa sama buat perkara yang anda minat
- Sebelum ni tidak berpeluang sebab kos tinggi dan tiada pembiayaan?
- Dah ikuti tutorial di Youtube tapi masih tidak mahir?
Jika YA utk semua soalan di atas, ada berhak teruskan impian anda!
MASIH TERCARI – CARI KURSUS SOLEKAN PROFESIONAL BIMBINGAN MUA??
Pada anda yang tercari-cari Kursus Solekan Profesional bimbingan MUA, ini peluang keemasan anda mengembangkan lagi bakat anda di dalam bidang Solekan Profesional. Kursus ini bukan sahaja memberi latihan yang mudah difahami, malah peserta akan dapat barangan lengkap untuk terus buat servis ini lepas kelas!. Bestkan?. Tak payah dah nak pening-pening beli barangan Solekan lepas kelas dah. Yeahhhhh..
KANDUNGAN KURSUS SOLEKAN PROFESIONAL BIMBINGAN DEQSHA!
1. KELAS INTENSIF SOLEKAN PROFESIONAL (2 HARI) BIMBINGAN DEQSHA
Kelas intensif 2 hari akan merangkumi sesi demo dan praktikal para peserta
• Hari pertama : Pengenalan Kepada Solekan
• Hari kedua : Teknik Solekan Profesional
2. 3 SESI KELAS PEMANTAPAN SETIAP 2 BULAN (TEMPOH 6 BULAN)
Untuk 3 sesi kelas pemantapan ini diadakan selepas 2 bulan kelas intensif bagi melihat prestasi peserta dan menilai hasil solekan mengikut tema yang diberi.
3. SOKONGAN WHATSAPPS GROUP TERUS BERSAMA DEQSHA SELAMA 6 BULAN
Selepas kelas, peserta akan mendapat bimbingan terus melalui Whatsapps Group. Semua gambar peserta boleh dinilai terus oleh tenaga pengajar.
4. BARANGAN MAKE UP LENGKAP UNTUK MULAKAN KERJAYA
Penyerahan barangan MAKE UP bernilai RM2000 diberikan kepada peserta sebelum Kursus bermula agar peserta boleh mula ambil tempahan MAKE UP sebaik sahaja habis kursus tersebut
5. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN
Sijil penyertaan Kursus Solekan Profesional akan diberikan sebaik tamat Kelas Intensif.
6. MAKAN DAN MINUM SEPANJANG KURSUS DISEDIAKAN
Makan dan minum peserta akan diberi sepanjang Kursus Solekan Profesional diadakan termasuk 3 sesi kelas pemantapan.
BERITA BAIK!
PINJAMAN HIJRAH SELANGOR UNTUK PEMBAYARAN YURAN
Kursus ini merupakan kerjasama Tisas Academy selaku Syarikat Peneraju Program Zero To Hero anjuran Hijrah Selangor untuk melahirkan lebih ramai usahawan.Untuk memudahkan penyertaan dan melahirkan lebih ramai usahawan, Hijrah Selangor (anak syarikat kerajaan negeri Selangor) menyediakan pinjaman untuk latihan di bawah Program Zero to Hero. Untuk kursus ini, Pinjaman Hijrah Selangor disediakan dan bayaran balik pinjaman hanya serendah RM43/minggu. Melabur untuk ilmu dan barangan sekali seumur hidup. Tiada lagi alasan untuk jana pendapatan dari bakat dan minat anda. Untuk maklumat lanjut tentang pinjaman Hijrah, hubungi Cik Wawa 018-365 8988.
Nota: Ada syarat-syarat pinjaman. Sila baca dan fahami syarat pinjaman terlebih dahulu.
SYARAT-SYARAT PINJAMAN HIJRAH:
- Wanita sahaja (tergolong dalam kategori belia, ibu tunggal sangat digalakkan memohon).
- Umur 21-45 tahun.
- Penduduk negeri Selangor. (Kad pengenalan luar dibenarkan memohon dengan syarat bermastautin di Selangor).
- Peserta, suami atau ahli keluarga serumah bukan peminjam Hijrah Selangor sedia ada.
TARIKH KURSUS SOLEKAN PROFESIONAL DIADAKAN:
- Ambilan terhad setiap bulan.
KURSUS SOLEKAN BERSAMA DEQSHA:
- 2 hari, Sabtu & Ahad (9pg-5ptg)
TEMPAT KURSUS SOLEKAN PROFESIONAL DIADAKAN:
- Tisas Academy, 29A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
- Tel: +603-55242494/ +6018-3658988
SIAPA PATUT HADIR?
- Belia yang ingin melanjutkan kemahiran dalam bidang solekan.
- Suri rumah dan ibu tunggal yang ingin menjana pendapatan tambahan dalam kemahiran solekan.
SIAPAKAH TENAGA PENGAJAR KITA YA?. SIAPA DEQSHA TU?
Biar gambar berbicara, Deqsha merupakan make up artist berpengalaman dan ini adalah antara selebriti yang mendapat sentuhan beliau.
Nota: Jika anda berminat pelajari kemahiran dan teknik solekan begini secara praktikal, sertai kami!. Jangan tunggu-tunggu lagi. Klik button di bawah ini untuk maklumat lanjut mengenai Kursus Solekan Profesional:







Recent Comments