Kursus Rawatan Selepas Bersalin
(Berserta Pinjaman Hijrah Selangor)
(Berserta Pinjaman Hijrah Selangor)
Kursus Rawatan Selepas Bersalin merupakan salah satu Program Zero To Hero anjuran Hijrah Selangor khas untuk warga Selangor dalam usaha menambahkan lagi pendapatan rakyat Selangor.
TISAS Academy merupakan syarikat anchor lantikan Hijrah Selangor yang bertanggung jawab untuk melatih lebih ramai juruterapi rawatan berpantang dan menjana ekonomi rakyat negeri Selangor.
Pinjaman khas diberikan untuk peserta yang berminat menyertai program.
Dengan kos pinjaman sebanyak RM5,000, peserta akan menerima latihan dan barangan mobile spa. Setelah mendapat latihan dan yakin dengan kemahiran dipelajari, peserta boleh terus menjana pendapatan dengan kemahiran dan barangan yang diterima.
Proses kelulusan pinjaman sangat mudah, mengambil tempoh seawal 14 hari.
Bayaran balik juga tidak membebankan, cuma RM53/ minggu.
Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi Cik Salwaizzati 018-365 8988.
Topik yang akan dipelajari dalam kursus rawatan selepas bersalin 5 hari ini adalah seperti di bawah. Setiap 2 bulan, peserta perlu hadir untuk kelas pemantapan sebanyak 3 sesi untuk memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan.
Sokongan dan pantauan selama 6 bulan akan diberikan terutama sokongan di atas talian.
Peserta dipasarkan di website www.tinispa.com.my dan bekerjsama dengan agen pemasaran untuk mendapat pelanggan.
Yuran kursus rawatan selepas bersalin merangkumi kos kursus intensif, kelas pemantapan, kos pemantauan dan barangan lengkap memulakan perniagaan. Bayaran balik pinjaman serendah RM53 seminggu amat mudah dilunaskan dengan pendapatan hasil urutan dan rawatan selepas bersalin.
Syarat kelayakan pinjaman Hijrah adalah seperti di bawah. Proses mudah sepantas 14 hari. Jika anda tidak berminat dengan pinjaman Hijrah dan berhasrat meneruskan kursus dengan dana sendiri, sila klik Sertai Kursus.